Pengikut

Selasa, 30 November 2010

Resepi Ayam Masak Pedas

Hi kawan-kawan, hari ni kita jumpa lagi…

Hari ni lepas balik kerja tadi, saya masak ayam masak pedas. Sedap jugak, makan ngan nasi panas-panas.. (dah habis licin dah…hehe). Sambil masak tadi, saya pun teringat nak berkongsi cara-cara nak buat ayam masak pedas ni dengan saudara/saudari semua. Senang ja nak buat ayam masak pedas ataupun ayam masak sambal ni. Mai kita tengok cara-caranya di bawah:

1. Mula, mula sediakan bahan mentah utama kita iaitu ayam. Sebagai contoh untuk resepi ini, saya telah sediakan 7 ketul ayam. Anda ada dua (2) pilihan, pertama ialah ayam mentah ini dimasukkan terus ke dalam kuah pedas yang kita akan sediakan nanti, ataupun pilihan kedua ialah anda goreng dulu ayam mentah ini, kemudian baru dimasukkan ke dalam kuah pedas tersebut. Macam saya, saya suka goreng ayam mentah ini terlebih dahulu. (terpulang kepada citarasa masing-masing)

Ayam Mentah 
ayam mentah

Ayam Goreng 
ayam digoreng terlebih dahulu

2. Ok, lepas tu kita sediakan cili giling pulak.
Cili Giling 

3. Kemudian, ambil halia dan buat dua (2) hirisan nipis
.
Halia 

Lepas tu, hentak-hentakkan hirisan halia tu dengan menggunakan tangan ataupun pisau anda sampai jadi macam gambar dibawah:

Halia Yang Dihentak-hentakkan 
hirisan halia yang diketuk-ketuk sehingga menjadi sedikit hancur

4. Ok, sekarang panaskan kuali anda dan masukkan minyak masak sebanyak lebih kurang lima (5) sudu besar. Gunakan api sederhana sahaja dan jangan pasang api yang terlalu kuat sebab kita tak mahu sambal kita cepat hangus. Apabila minyak sudah pun panas, masukkan lebih kurang tujuh (7) sudu besar cili giling tadi ke dalam kuali.
Masukkan 7 sudu besar cili giling 

Kacaukan cili giling tersebut sehingga ia sebati dengan minyak. Masukkan juga secawan kecil air dan kacau lagi.

Kacau Cili 

5. Ok, sekarang kita masukkan dua (2) hirisan halia yang kita ketuk-ketuk sehingga jadi sedikit hancur tadi ke dalam kuali (rujuk Langkah 3 diatas). Kemudian, kita masukkan juga dua (2) sudu besar gula, dan juga dua (2) sudu kecil garam ke dalam kuali. Kacau kesemuanya sehingga sebati.

2 sudu besar gula  2 sudu kecil garam 

6. Sekarang kita kena biarkan sambal tersebut masak sehingga minyak-nya naik (rujuk gambar ilustrasi dibawah) dan ia berbau harum.

Sambal dah cukup masak bila minyak-nya naik

7. Ok, sekarang barulah kita masukkan ayam (mentah ataupun dah digoreng) yang kita dah sediakan sebelum ni ke dalam kuali. Kalau kita goreng ayam tersebut terlebih dahulu, maka selepas dikacau-kacau sebentar, bolehlah terus angkat untuk disajikan. Tetapi, kalau kita masukkan ayam yang mentah, kenalah tunggu sehingga ayam tersebut masak terlebih dahulu, kemudian barulah kita angkat dan siap untuk disajikan.

Ayam Masak Pedas 
ayam masak pedas siap untuk dihidang

8. Ok kawan-kawan, ayam sambal ataupun ayam masak pedas kita ini dah pun siap dan sedia untuk dinikmati. Saya dah makan dah petang tadi, memang sedap! :-) Kalau anda semua ada masa, cubalah ok. Ringkas ja masakan ni, semua orang boleh cuba buat sendiri. Bukannya kita nak kena jadi taraf-taraf Chef Wan pun kalau kita nak cuba masak sendiri kat rumah… hehe.

Cili Giling

Ok kawan-kawan…

Ini entry resepi saya yang pertama dalam blog ni. Kita mulakan dengan bahan-bahan asas dalam masakan dulu. Benda2 yang simple, tapi penting dalam banyak masakan lain. Sebagai contoh, cili giling ni merupakan satu komponen penting dalam kita nak masak ayam/daging/udang/etc2 masak pedas ke, nasik goreng ke, mee goreng ke dan macam2 lagi. Ok, jom kita tengok macam mana nak buat cili giling ni…

1. Potong 5 ulas bawang putih (bukan 5 bijik k.. hehe) menjadi hirisan kecil..

5 Ulas Bawang Putih

2. Lepas tu, potong 2 bijik bawang merah (besar) menjadi hirisan kecil jugak

2 Biji Bawang Merah Besar

3. Lepas tu, ambik plastik berisi cili kering, ambik segenggam cili kering tu dan rendam dalam besen (supaya dia jadi lembut).  Bila dah lembut, potong cili tu kecil-kecil.

Segenggam Cili Kering

4. Ok, ambik bahan-bahan yang dah disediakan dalam peringkat 1 hingga 3 di atas, masukkan kesemuanya sekali beserta sedikit air ke dalam blender kesukaan anda masing-masing. Kisar sehingga halus. (pastikan bawang-bawang serta cili kering tadi tu semua dihiris kecil supaya senang kita nak blend, kalau tanak hiris kecil-kecil pun takpa, tapi esok lusa kena pegi beli blender baru la… haha)

Masuk Bawang dan Cili Dalam Blender —>     Cili Giling Siap di-blend

5. Tadaa! Siap la cili giling kita. Dengan kuantiti bahan yang saya tunjuk di atas, dapat la kuantiti dalam satu tupperware saiz sederhana cili giling tu. Masukkan cili giling tu dalam tupperware, lepas tu simpan dalam peti ais sebab kuantiti cili giling yang kita buat tadi cukup untuk kita guna beberapa kali masak.

Ok, kita sambung lain kali dengan bahan-bahan asas dalam masakan, yang lain pulak… bye!