Hi kawan-kawan, hari ni kita jumpa lagi…
Hari ni lepas balik kerja tadi, saya masak ayam masak pedas. Sedap jugak, makan ngan nasi panas-panas.. (dah habis licin dah…hehe). Sambil masak tadi, saya pun teringat nak berkongsi cara-cara nak buat ayam masak pedas ni dengan saudara/saudari semua. Senang ja nak buat ayam masak pedas ataupun ayam masak sambal ni. Mai kita tengok cara-caranya di bawah:
1. Mula, mula sediakan bahan mentah utama kita iaitu ayam. Sebagai contoh untuk resepi ini, saya telah sediakan 7 ketul ayam. Anda ada dua (2) pilihan, pertama ialah ayam mentah ini dimasukkan terus ke dalam kuah pedas yang kita akan sediakan nanti, ataupun pilihan kedua ialah anda goreng dulu ayam mentah ini, kemudian baru dimasukkan ke dalam kuah pedas tersebut. Macam saya, saya suka goreng ayam mentah ini terlebih dahulu. (terpulang kepada citarasa masing-masing)
ayam mentah
ayam digoreng terlebih dahulu
2. Ok, lepas tu kita sediakan cili giling pulak.
3. Kemudian, ambil halia dan buat dua (2) hirisan nipis
.
Lepas tu, hentak-hentakkan hirisan halia tu dengan menggunakan tangan ataupun pisau anda sampai jadi macam gambar dibawah:
hirisan halia yang diketuk-ketuk sehingga menjadi sedikit hancur
4. Ok, sekarang panaskan kuali anda dan masukkan minyak masak sebanyak lebih kurang lima (5) sudu besar. Gunakan api sederhana sahaja dan jangan pasang api yang terlalu kuat sebab kita tak mahu sambal kita cepat hangus. Apabila minyak sudah pun panas, masukkan lebih kurang tujuh (7) sudu besar cili giling tadi ke dalam kuali.
Kacaukan cili giling tersebut sehingga ia sebati dengan minyak. Masukkan juga secawan kecil air dan kacau lagi.
5. Ok, sekarang kita masukkan dua (2) hirisan halia yang kita ketuk-ketuk sehingga jadi sedikit hancur tadi ke dalam kuali (rujuk Langkah 3 diatas). Kemudian, kita masukkan juga dua (2) sudu besar gula, dan juga dua (2) sudu kecil garam ke dalam kuali. Kacau kesemuanya sehingga sebati.
6. Sekarang kita kena biarkan sambal tersebut masak sehingga minyak-nya naik (rujuk gambar ilustrasi dibawah) dan ia berbau harum.
7. Ok, sekarang barulah kita masukkan ayam (mentah ataupun dah digoreng) yang kita dah sediakan sebelum ni ke dalam kuali. Kalau kita goreng ayam tersebut terlebih dahulu, maka selepas dikacau-kacau sebentar, bolehlah terus angkat untuk disajikan. Tetapi, kalau kita masukkan ayam yang mentah, kenalah tunggu sehingga ayam tersebut masak terlebih dahulu, kemudian barulah kita angkat dan siap untuk disajikan.
ayam masak pedas siap untuk dihidang
8. Ok kawan-kawan, ayam sambal ataupun ayam masak pedas kita ini dah pun siap dan sedia untuk dinikmati. Saya dah makan dah petang tadi, memang sedap!
Kalau anda semua ada masa, cubalah ok. Ringkas ja masakan ni, semua orang boleh cuba buat sendiri. Bukannya kita nak kena jadi taraf-taraf Chef Wan pun kalau kita nak cuba masak sendiri kat rumah… hehe.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan